CHECKLIST PERSIAPAN PERKAHWINAN

CHECKLIST PERSIAPAN PERKAHWINAN

 

Untuk memastikan majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar, anda perlu membuat checklist untuk persiapan perkahwinan. Kebiasaannya persediaan untuk kahwinadalah 6 bulan sebelum tarikh pernikahan. Persediaan yang awal ini memberi banyak kelebihan kepada para pengantin dan ini dapat mengurangkan kelam kabut.

 

1. Daftar Kursus Kahwin

Bagi anda yang belum ada kursus kahwin, anda perlu menghadiri kursus kahwin dan ianya wajib ada untuk membolehkan pasangan itu berkahwin. Kursus ini memperuntukan masa selama dua hari dengan harga RM 90. Setelah selesai, anda akan diberi sijil penyertaan. Anda juga boleh pergi bersama dengan pasangan jika pasangan belum menghadiri kursus kahwin.

 

2. Tetapkan Tarikh Nikah & Sanding

Lakukan perbincangan dengan kedua-dua belah pihak tarikh yang sesuai untuk nikah dan bersanding. Tarikh ini kebiasaannya dibincang dan ditetapkan sewaktu majlis pertunangan. Bila tarikh telah ditetapkan, ia memberi kesenangan untuk membuat persediaan awal menempah tempat untuk majlis perkahwinan. Anda juga dapat menyediakan barang-barang untuk hantaran.

 

3. Lengkapkan Borang dan Dokumen Yang Berkenaan

Borang-borang dan dokumen yang berkaitan adalah benda kedua penting selepas kursus kahwin. Buatlah senarai borang yang perlu diisi dan tickkan borang yang da lengkap. Borang dan dokumen yang sudah lengkap boleh diberikan kepada orang yang berkenaan. Untuk kawasan selangor, anda boleh melayari laman web JABATAN AGAMA MASING-MASING untuk melihat borang dan dokumen yang diperlukan.

 

4. Melakukan HIV Test

Ujian HIV adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin. Keputusan ujian HIV ini akan disertakan bersama dokumen-dokumen lain yang di mana tanpa kelengkapan dokumen ini menyebabkan anda tidak boleh berkahwin. Ujian HIV hanya boleh dilakukan di klinik atau hospital kerajaan sahaja, klinik swasta tidak boleh.

 

5. Menempah Jurunikah @ Tok Kadi

Setelah anda telah menetapkan tarikh pernikahan anda, anda haruslah mempercepatkan untuk membuat tempahan juru nikah. Anda juga perlu mengingatkannya dari semasa ke semasa agar jurunikah tidak lupa.

 

6. Pilih Tema Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang mengikut tema tidak wajib sebenarnye, ianya hanya sekadar untuk menceriakan dengan warna yang seragam. Dan pastinya akan nampak lebih cantik apabila bergambar kerana warna yang sama. Bincanglah dengan pasangan dan keluarga warna apa yang sesuai untuk majlis anda nanti.

 

7. Memilih Barang Hantaran

Anda perlu berbincang dengan pasangan dan membuat senarai barang-barang hantaran dari pihak lelaki dan juga perempuan. Anda perlu membuat perbincangan yang betul dan memilih barang-barang hantaran yang boleh digunakan lepas kahwin agar tidak berlaku sebarang pembaziran.

 

8. Gubah Barang Hantaran

Selepas anda selesai membeli barang hantaran anda, anda bolehlah start mengubah barang-barang tersebut. Jika anda ingin menjimatkan kos, anda boleh pinjam dulang atau bekas untuk meletakkan barang hantaran daripada saudara mara.

 

9. Membuat Senarai Nama Tetamu

Anda perlu menyenaraikan nama dan mengira jumlah tetamu yang anda ingin jemput ke majlis perkahwinan anda. Ini bertujuan untuk menempah makanan dan juga doorgift yang akan diberi.

 

10. Menempah Kad Kahwin

Selepas anda membuat senarai nama tetamu, anda bolehlah menempah kad kahwin anda. Buatlah perbandingan harga untuk kad kahwin supaya ianya dapat mengurangkan kos membuat kad kahwin. Jika anda seorang yang kreatif dan rajin, bolehlah untuk menghasilkan kad kahwin anda sendiri.

 

11. Doorgift Untuk Tetamu

Doorgift adalah sesuatu barang atau makanan yang akan diberikan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Carilah doorgift yang mengikut bajet anda. Jika anda seorang yang rajin, anda boleh menghasilkan sendiri doorgift untuk tetamu anda. Doorgift adalah salah satu penghargaan untuk tetamu-tetamu yang hadir.

 

12. Menempah Baju Perkahwinan dan juga Makeup

Pilihlah baju perkahwinan yang sesuai dengan tema majlis dan anda berasa sangat selesa apabila memakai baju tersebut. Anda juga dinasihatkan untuk membuat survey bagi membandingkan harga untuk baju yang anda berkenan. Selain itu, anda juga perlu membuat tempahan awal dengan mak andam perkahwinan dan kalau boleh memintanya untuk test makeup. Ini supaya anda dapat melihat hasil makeup mak andam tersebut dan berpuas hati jika mak andam tersebut makeupkan anda pada hari bahagia anda.

 

13. Membuat Tempahan Pelamin

Buatlah tempahan pelamin mengikut bajet kewangan anda. Terdapat banyak pelamin-pelamin bajet yang ada di pasaran, anda hanya perlu survey untuk dapat yang cantik tetapi dengan mengeluarkan kos yag rendah. Anda juga boleh menghasilkan sendiri pelamin perkahwinan.

 

14. Menempah Pakej Katering

Carilah perkhidmatan katering yang menawarkan pakej dengan kanopi berserta kerusi dan meja. Anda juga perlu memilih katering yang berhampiran dengan rumah anda kerana ia memudahkan pihak katering untuk memasang khemah. Sebelum anda memilih perkhidmatan katering, anda perlu mencuba terlebih dahulu masakan pihak katering tersebut.

 

15. Membuat Tempahan Emcee & PA System

Sebagaimana lazimnya, bagi tujuan hiburan halwa telinga dan memastikan majlis berjalan dengan penuh harmoni, tertib dan teratur, menggunakan khidmat pengacara majlis (emcee) adalah sangat perlu diutamakan. Serta dapatkan bersama pakej sewaan peralatan pa system sekiranya lokasi majlis tidak mempunyai peralatan tersebut.

 

Emcee Adam adalah antara yang boleh diberikan kepercayaan untuk mengendalikan majlis anda. Berbekalkan pengalaman yang begitu banyak dan luas, pastinya Emcee Adam akan membantu memastikan kelancaran perjalanan majlis anda kelak. Petah tutur bicaranya dan kelembutan suaranya, serta intonasinya yang sangat baik, menjadikan Emcee Adam sebagai salah seorang emcee yang menjadi pilihan ramai.


Sekiranya anda berminat mendapatkan khidmat Emcee Adam, boleh hubungi nombor seperti di bawah.


EMCEE ADAM 01162099363

https://wa.me/601162099363




#emceeofmalaysia #pengacaramajlis #weddingplanner #majlisperkahwinan #professionalemcee #walimatulurus #majlispernikahan #malaywedding #galeriperkahwinan #pesonapengantin #pengantinbaru #emceekahwin #emceemalaysia #weddingemcee #weddingvenue #weddinghall #grandwedding #majlisresepsi #weddingcoordinator  #weddingday  #bilingualemcee #perkahwinanmelayu #majlisresepsi #resepsi #pertunangan #pernikahan #persandingan #perkahwinan

Catat Ulasan

0 Ulasan

RAKAMAN VIDEO

PROMOSI EMCEE KAHWIN