Kami menyediakan khidmat untuk mereka yang ingin mencari kelainan dalam teks yang digunakan untuk sesebuah majlis perkahwinan supaya ia kelihatan segar, unik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Kadar caj yang dikenakan bergantung kepada jenis majlis, olahan ayat, pantun dan kata-kata puitis yang akan digunakan. Kadar caj bagi template skrip emcee hanya RM150. Jika inginkan skrip yang dibuat khas (custom made), kadar cajnya adalah RM250 sahaja.
Antara contoh teks lazim yang digunakan adalah seperti di bawah bagi Majlis Pernikahan / Majlis Akad Nikah :
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Dengan lafaz kalimah nan suci, bismillah hirrahman nirrahim, Assalamualaikum wbt.
Bagi pihak tuan rumah, TUAN MOHD RIZAL BIN YUSUF AL-BAKRI & PUAN JUNAIDAH JAMALUL’AZI, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga dan sanak-saudara kepada bakal pengantin perempuan, juga kepada keluarga rombongan bakal pengantin lelaki serta semua tetamu yang telahpun tiba di lokasi majlis akad nikah kita pada hari ini. Dimohon kepada para tetamu untuk memastikan telefon bimbit berada dalam keadaan mode senyap supaya majlis akad nikah yang akan berlangsung berjalan dengan lancar tanpa gangguan bunyi-bunyian.
** KETIBAAN JURUNIKAH DIIRINGI SAKSI **
Majlis ingin mengalu-alukan ketibaan YANG BERUSAHA USTAZ SUHAIMI BIN AHMAD WAKID, PENDAFTAR PERKAHWINAN NEGERI SELANGOR merangkap jurunikah pada hari ini dengan diiringi para saksi. Dipersilakan.
Hubungi 01162099363 untuk info lanjut berkaitan TEMPLATE SKRIP EMCEE BAGI MAJLIS NIKAH & SANDING yang telah disediakan oleh Emcee Adam. Sangat digalakkan untuk memiliki template skrip ini jika anda ingin menjadikan Pengacara Majlis sebagai kerjaya tetap atau sambilan anda.
#emceeofmalaysia #pengacaramajlis #eventplanner #weddingplanner #majlisperkahwinan #professionalemcee #walimatulurus #majlispernikahan #malaywedding #galeriperkahwinan #pesonapengantin #pengantinbaru #emceekahwin #emceemalaysia #weddingemcee #weddinghall #weddingvenue #weddinghall #grandwedding #majlisresepsi #weddingcoordinator #weddingday #bilingualemcee #emceedwibahasa #terlajaklaris #perkahwinanmelayu #majlisresepsi #resepsi
0 Ulasan