KOLEKSI
PANTUN SELOKA MELAYU
DALAM
MAJLIS PERKAHWINAN #2
Di bawah adalah tambahan beberapa koleksi pantun
melayu yang saya temui hasil carian di Google. Saya cukup suka mengumpul pantun
kerana sebagai seorang pengacara majlis (emcee), pastinya menggunakan pantun
akan menjadi pemanis kata sebelum saya mengungkapkan ayat-ayat yang selanjutnya
dalam mengendalikan sesebuah majlis dan acara.
Bunga dedap di atas
para
Anak dusun pasang pelita
Andai tersilap tutur bicara
Jari disusun maaf dipinta
Dari Kedah ke pekan
sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi
Kalau pergi Tanjung
Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Bunga seroja di atas
para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan
Berakhir sudah majlis
kita
Moga bersua tahun hadapan
Andai ada tersasul kata
Salah silap mohon dimaafkan
Selesai meriah majlis
acara
Perkara baik jadi pedoman
Andai ada terlanjur bicara
Salah silap harap dimaafkan
Tanam sirih dalam
taman
Gali lubang tepi perigi
Terima kasih hadirin budiman
Lain kali bersua lagi
Daun selasih
permainan budak
Bunga melur berbau wangi
Bertaut kasih bercerai tidak
Panjang umur berjumpa lagi
Kalau ada jarum yang
patah
Jangan disimpan dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Jumpa dulang penuh
berlian
Rupanya mimpi di awal pagi
Selamat pulang hadirin sekalian
Panjang umur bertemu lagi
Madah diungkap santun
bitara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati
Melarik halus papan
di Jawa
Tersergam kukuh di gerbang batu
Adat berjumpa terpisah jua
Moga ketemu di lain waktu
Sekiranya anda semua berminat mendapatkan khidmat Emcee Adam sebagai pengacara majlis (emcee) bagi majlis dan acara anda, serta jika ada sebarang pertanyaan dan ingin membuat tempahan, anda semua boleh hubungi dengan segera nombor telefon seperti di bawah.
EMCEE ADAM 01162099363
#emceeofmalaysia #pengacaramajlis #weddingplanner #majlisperkahwinan #professionalemcee #walimatulurus #majlispernikahan #malaywedding #galeriperkahwinan #pesonapengantin #pengantinbaru #emceekahwin #emceemalaysia #weddingemcee #weddingvenue #weddinghall #grandwedding #majlisresepsi #weddingcoordinator #weddingday #bilingualemcee #perkahwinanmelayu #majlisresepsi #resepsi #pertunangan #pernikahan #persandingan #perkahwinan
0 Ulasan